Tuesday, March 12, 2013

PROJEK MENAIKTARAF SURAU SK PESERIAN

Salam Sejastera dan Salam Satu Malaysia... Projek ini telah dimasukkan dalam ajenda Mesyuarat PIBG yang pertama tahun 2013 yang telah diadakan pada 14 Febuari (Khamis) jam 9.00 pagi di bilik Makmal Komputer SK Peserian. Surau asal SK Peserian ini telah dibina hasil dana yang diperolehi daripada sumbangan beberapa individu tanpa mendapat peruntukan daripada PPD dan Kementerian. Kerja-kerja pembaikan telah dilakukan beberapa kali, namun kerana kekangan kewangan ia masih belum mencapai ketahap yang memuaskan. Surau ini perlu diperbaiki segera kerana telah terlalu uzur dan mengalami beberapa kerosakan yang agak teruk serta serangan anai-anai dan kerosakan struktur yang disebabkan penggunaan bahan yang tidak berkualiti serta kerja-kerja pembinaan yang tidak mengikut piawai. Diharapkan projek ini akan menceriakan lagi surau yang menjadi tempat menganjurkan program kerohanian seperti motivasi, Solat Hajat dan tempat perlaksanaan berbagai Program JQAF. Surau ini juga telah dianggap sebagai antara tempat bagi sekolah ini untuk melahirkan insan yang mempunyai budi pekerti yang luhur dan siasah yang terpuji. Projek ini juga diharapkan akan dapat menaikkan lagi imej sekolah dimata masyarakat. Sekolah SK Peserian ini pada asalnya adalah sekolah aliran Inggeris yang telah melahirkan ramai ilmuan, tokoh pendidik dan tokoh koporat serta penggiat seni antaranya Pak Matlob, Dato’ Johan Jaafar, Prof. Dato' Dr. Lokman Saim, Encik Md Said bin Ibrahim, Pn. Haslina Kamsan, (sekadar menyebut beberapa nama). SK Peserian juga terkenal dalam sukan kriket dimana ramai pelajarnya terpilih mewakili daerah Batu Pahat dan ada diantaranya telah terpilih hingga ke peringkat negeri.

No comments:

Post a Comment