Tuesday, March 12, 2013

SUMBANGAN UNTUK PROJEK MENAIKTARAF SURAU SK PESERIAN

Pihak PIBG SK Peserian amat mengalu-alukan sumbangan daripada individu dan badan koporat untuk Projek Menaiktaraf Surau SK Peserian. Tuan/ puan boleh menghulurkan sumbangan terus ke Account PIBG di AGRO BANK MALAYSIA No. Akaun: 1-00-0901-00000371-5 atau berhubung terus dengan Guru Besar SK Peserian En. Khalidin di No. 0137724315.

PROJEK MENAIKTARAF SURAU SK PESERIAN

Salam Sejastera dan Salam Satu Malaysia... Projek ini telah dimasukkan dalam ajenda Mesyuarat PIBG yang pertama tahun 2013 yang telah diadakan pada 14 Febuari (Khamis) jam 9.00 pagi di bilik Makmal Komputer SK Peserian. Surau asal SK Peserian ini telah dibina hasil dana yang diperolehi daripada sumbangan beberapa individu tanpa mendapat peruntukan daripada PPD dan Kementerian. Kerja-kerja pembaikan telah dilakukan beberapa kali, namun kerana kekangan kewangan ia masih belum mencapai ketahap yang memuaskan. Surau ini perlu diperbaiki segera kerana telah terlalu uzur dan mengalami beberapa kerosakan yang agak teruk serta serangan anai-anai dan kerosakan struktur yang disebabkan penggunaan bahan yang tidak berkualiti serta kerja-kerja pembinaan yang tidak mengikut piawai. Diharapkan projek ini akan menceriakan lagi surau yang menjadi tempat menganjurkan program kerohanian seperti motivasi, Solat Hajat dan tempat perlaksanaan berbagai Program JQAF. Surau ini juga telah dianggap sebagai antara tempat bagi sekolah ini untuk melahirkan insan yang mempunyai budi pekerti yang luhur dan siasah yang terpuji. Projek ini juga diharapkan akan dapat menaikkan lagi imej sekolah dimata masyarakat. Sekolah SK Peserian ini pada asalnya adalah sekolah aliran Inggeris yang telah melahirkan ramai ilmuan, tokoh pendidik dan tokoh koporat serta penggiat seni antaranya Pak Matlob, Dato’ Johan Jaafar, Prof. Dato' Dr. Lokman Saim, Encik Md Said bin Ibrahim, Pn. Haslina Kamsan, (sekadar menyebut beberapa nama). SK Peserian juga terkenal dalam sukan kriket dimana ramai pelajarnya terpilih mewakili daerah Batu Pahat dan ada diantaranya telah terpilih hingga ke peringkat negeri.

Thursday, February 14, 2013

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA (2013-2014)

YDP Mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah dipilih semula. Bersyukur kerana kehadiran AJK untuk berbincang demi meningkatkan prestasi sekolah. Tahniah kepada Biro Kewangan yang berusaha mengumpul dana untuk PIBG. Kutipan PIBG untuk tahun 2013 adalah RM 20.00 satu keluarga. Berharap aemua AJK dapat berbincang untuk tahun 2013. Guru Besar Memberi ucapan tahniah kepada AJK yang dilantik semula Menerangkan senario semasa SK Peserian. Menerangkan perstasi sekolah dengan terperinci. Program PPPM (Penglibatan ibu bapa secara langsung dengan pihak sekolah. Bendahari menerangkan Jumlah tabung PIBG pada masa ini ialah RM 5484.22 Telah dibelanjakan RM 622.50 Baki ditangan RM 4861.72 Motivasi untuk ibu bapa dicadangkan pada penghujung Febuari 2013 atau awal Mac 2013. Dicadangkan untuk Ibu bapa murid tahun enam bersekali dengan Solat Hajat. En. Ghazali telah bersetuju untuk menyediakan kertas kerja untuk membaik pulih Surau SK Peserian. Beliau akan membuat kiraan anggaran dan menyediakan pelan berkaitan. Dana akan dikumpul menerusi sumbangan peribadi atau badan koporat.