Thursday, February 14, 2013

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA (2013-2014)

YDP Mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah dipilih semula. Bersyukur kerana kehadiran AJK untuk berbincang demi meningkatkan prestasi sekolah. Tahniah kepada Biro Kewangan yang berusaha mengumpul dana untuk PIBG. Kutipan PIBG untuk tahun 2013 adalah RM 20.00 satu keluarga. Berharap aemua AJK dapat berbincang untuk tahun 2013. Guru Besar Memberi ucapan tahniah kepada AJK yang dilantik semula Menerangkan senario semasa SK Peserian. Menerangkan perstasi sekolah dengan terperinci. Program PPPM (Penglibatan ibu bapa secara langsung dengan pihak sekolah. Bendahari menerangkan Jumlah tabung PIBG pada masa ini ialah RM 5484.22 Telah dibelanjakan RM 622.50 Baki ditangan RM 4861.72 Motivasi untuk ibu bapa dicadangkan pada penghujung Febuari 2013 atau awal Mac 2013. Dicadangkan untuk Ibu bapa murid tahun enam bersekali dengan Solat Hajat. En. Ghazali telah bersetuju untuk menyediakan kertas kerja untuk membaik pulih Surau SK Peserian. Beliau akan membuat kiraan anggaran dan menyediakan pelan berkaitan. Dana akan dikumpul menerusi sumbangan peribadi atau badan koporat.